Apakah itu Medical Card & Mengapa Anda Perlukannya ?
Medical Card Takaful merupakan suatu bentuk perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat Takaful di Malaysia. Ia memberikan perlindungan yang akan menyelesaikan bil-bil hospital anda di saat anda memerlukan.
Bayangkan ketika anda memerlukan dana yang banyak untuk membuat rawatan di hospital, adakah anda ingin menggunakan wang simpanan anda untuk tujuan tersebut? Pastinya tidak mahu! Jadi dengan adanya Medical Card Takaful ini, segala bil rawatan hospital anda akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat Takaful yang dipilih.
Selain daripada Medical Card Takaful, syarikat-syarikat Takaful di Malaysia juga menawarkan perlindungan lain sepeti Hibah Takaful, perlindungan Sakit Kritikal (Critical Illness), perlindungan Kemalangan Peribadi (Personal Accident), pelan Simpanan dan Pelaburan, dan banyak lagi.